Posts

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas SKTS 2014

Image
Pada 3 Februari 2013, Sekolah Kebangsaan Tapak Semenang telah mengadakan Majlis Watikah Pelantikan Pengawas bagi sesi 2014. Majlis bermula jam 7.30 pagi sebaik sahaja ketibaan Guru Besar SKTS, En. Umar Bin Mimbar dan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Majlis ini dipengerusikan oleh Cikgu Azhar selaku Guru Disiplin SKTS. 
      Majlis Watikah Pelantikan Pengawas didahulukan dengan ucapan perasmian Tuan Guru Besar iaitu En. Umar Bin Mimbar. Seterusnya, sesi penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas dilakukan. Majlis ini menandakan penyerahan amanah sekolah kepada para pengawas sekolah secara rasmi. Dengan itu, membolehkan mereka menjalankan tugas masing-masing. Majlis penyerahan ini disusuli dengan bacaan ikrar Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
     Warga SK Tapak Semenang mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid yang telah dilantik dan mengharapkan agar mereka dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi Semoga SK Tapak Semenang te…

Laporan Pertandingan Merentas Desa Kelompok 4 2014

Image
Pada 22 Januari 2014 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Tapak Semenang telah menyertai acara merentas desa peringkat Kelompok 4 Daerah Hilir Perak. Acara ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Sg. Jejawi pada pukul 2.00 petang. Acara merentas desa ini melibatkan empat belas buah sekolah iaitu SK. Tapak Semenang, SK. Dalarama, SK, Tebuk Banjar, SJK (C) Choong Min, SJK (C) Pooi Yong, SK. Seri Baru, SK. Sg. Rusa, SK Sg Durian, SK Teluk Birah, SJK (T) Nova Scotia 1, SJK (T) Ladang Sg. Timah, SJK (T) Ladang Sabrang, SJK (T) Ladang Batak Rabit, dan SJK (T) Ladang Rubana.     SK Tapak Semenang telah menghantar seramai 14 orang peserta dan 4 orang guru pengiring iaitu Cikgu Othsaimi, Ustaz Firdaus, Cikgu Wan dan Cikgu Azhar. Setibanya di SK Sg Jejawi, guru pengiring membawa peserta-peserta ke meja pendaftaran. Selepas sesi pendaftaran selesai, sedikit taklimat berkaitan peraturan acara merentas desa diberikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum SK. Sg. Jejawi iaitu Cikgu Mohamad Zafifi Bin Ansor.        …

Doa Seorang Guru

Image
Semoga Allah menjadikan anak didik ku insan yang berguna pada masa depan. Harapan suatu hari nanti kalian terbuka hati dan mendapat hidayah menjadi seorang muslimin dan muslimat. Apa jua yang kalian lakukan moga dapat bimbingan yang terbaik dari keluarga dan guru-guru dalam meniti hari sebagai manusia. Hari ini jika kamu gagal , mungkin suatu hari nanti kejayaan akan datang menjelma. Kekayaan bukanlah pengukur kejayaan, tetapi sikap dan amalan murni jadi pegangan untuk menjadi manusia yang mempunyai jati diri. Moga Allah memberkati kalian. Amin.





                                                                                                           -adminAzhar_

Tempahan Menggunakan Bilik Komputer SKTS

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Unit ICT SKTS telah membuka tempahan penggunaan Bilik Komputer SKTS. Bilik Komputer boleh ditempah atas tujuan menjalankan pengajaran dan pembelajaran dan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP). Selain itu, Unit ICT SKTS juga membuka tempahan untuk pinjaman peralatan ICT seperti LCD, Layar Putih dan Projektor. Segala urusan berkaitan tempahan dan pinjaman perlu mengisi borang yang disediakan oleh Unit ICT SKTS. 






















-adminAzhar-

Risalah Unit ICT SKTS

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Unit ICT SKTS telah pun menyiapkan risalah yang pertama pada tahun ini. Pelbagai info menarik terkandung dalam risalah ini antaranya FROG VLE, FACEBOOK SKTS, BLOG SKTS, dan Perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh Unit ICT SKTS. Diharapkan risalah ini dapat memberikan info-info yang bermanfaat kepada semua guru SKTS. Nantikan risalah ini esok. 



-adminAzhar-

Takwim Rasmi Sesi Persekolahan 2014 |

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Perkongsian admin kali ini adalah tentang Takwim Permbelajaran Bagi Sesi Persekolahan 2014.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengeluarkan jadual sesi persekolahan untuk tahun 2014. Berikut adalah takwim pembelajaran, cuti sekolah dan jadual gaji bagi setiap negeri di seluruh Malaysia. Sila tinggalkan email anda di ruang 'comment' atau tinggalkan email di ruang 'Bicara Ilmiah'. Terima Kasih.

Format excel.                                                                                                                                         -adminAzhar-

Sesi Persekolahan 2014

Image
Alam persekolahan 2014 bermula. Tumpuan kepada pendidikan adalah sangat penting demi ilmu dan akhlak. Ilmu Allah itu Maha Luas untuk disingkap. Bermula ilmu mencari dan mengenal Tuhan yang membina kepercayaan, keyakinan dan keimanan dalam diri, sehingga ilmu yang membentuk pekerti yang mulia dalam kehidupan. Dalam kehidupan yang penuh pancaroba kini, tumpuan pasti kepada kesenangan hidup melalui kemahiran untuk mendapat kesenangan di dunia, namun kebahagiaan di akhirat tiada dilupakan.

Islam, membawa pendidikan yang selari untuk kepentingan dua alam yang akan ditempuh oleh setiap insan, iaitu alam dunia dan alam akhirat.


Anak yang ingin membesar, memerlukan makanan untuk sihat dan terus membesar. Makanan akalnya adalah ilmu, makanan hatinya adalah zikir. Rohnya perlu sihat dalam menjalinkan ilmu dan zikir sebagai bekalan.


Marilah sama-sama membekalkan murid-murid kemahiran untuk mencari mata pencarian hidup, sambil terus berjuang memastikan dunia ini terus makmur dan membawa kesejahteraa…